PELAPORAN
PELAKSANAAN
AKTIVITI
1 MALAYSIA
PRASEKOLAH
SJK CHUNG HUA BATU 10
TAHUN
2012
Disediakan
oleh
CHONG
CHOW FONG
Guru
Prasekolah
15/09/2012
1. PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
berhasrat untuk merealisasikan Gagasan 1 Malaysia di peringkat prasekolah.
Modul Aktiviti 1 Malaysia Peringkat Prasekolah telah dibekalkan kepada setiap
sekolah untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan
aktiviti 1 Malaysia. Maka dengan itu guru Prasekolah SJK Chung Hua Batu 10
telah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mencapai objektif Gagasan 1
Malaysia di samping pemupukan cintakan bangsa dan negara di kalangan
kanak-kanak prasekolah. Guru prasekolah telah merancang beberapa aktiviti yang
sesuai dengan membuat pengubahsuaian terhadap cadangan aktiviti dalam modul
berdasarkan keperluan dan situasi semasa.
2. OBJEKTIF
Aktiviti 1 Malaysia
yang dirancang adalah bagi mencapai objektif berikut:
2.1 Kanak-kanak prasekolah berpeluang lebih mengenal negara
Malaysia, seperti bendera negara dan negeri, mengenal adat resam dan kebudayaan
daripada pelbagai bangsa dan berbilang kaum,
mengenal tokoh-tokoh negara, belajar menyanyi lagu kebangsaan dan lagu
patriotisme dan lain-lain lagi tentang Malaysia.
2.2 Mewujudkan
rasa cinta terhadap Negara Malaysia. Merapatkan hubungan antara satu sama lain
di kalangan guru dan kanak-kanak.
2.3 Menerapkan
unsur keseronakan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam jiwa
kanak-kanak serta membina pengetahuan
melalui penemuan dan penerokaan kendiri.
2.4 Menyemai
nilai-nilai murni dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotisme dalam diri
kanak-kanak.
2.5 Memupuk
jalinan sosial yang mesra di kalangan kanak-kanak pelbagai kaum, mewujudkan
semangat perpaduan dan persefahaman sesama kanak-kanak dan guru prasekolah.
3.PELAKSANAAN
3.1 Takwim Pelaksanaan
Aktiviti
Aktiviti 1 Malaysia telah
dijalankan sepanjang bulan April sehingga bulan September 2012. Antara aktiviti- aktiviti yang telah
dijalankan ialah seperti berikut:
No.
aktiviti
|
Nama
aktiviti
|
Perkara
yang dilakukan
|
Masa
|
Catatan
|
1
|
Penyediaan
Grafity
|
·
Kanak-kanak membuat aktiviti bebas di atas kain
putih bertemakan 1 Malaysia.(kolaj, capan, lukisan, catan dsb)
·
Kanak-kanak mewarnakan bendera, ketumpat, gambar
pelbagai kaum, poster 1 Malaysia dan bunga raya.
·
Kanak-kanak menghasilkan topi dengan bendera Jalur
Germilang.
|
Bermula bulan April sehingga bulan
Ogos
|
Perlu dihantar ke PPD pada 30 Ogos
2012
Semua
kanak-kanak berpeluang menyempurnakan kain putih bertemakan 1 Malaysia
|
2
|
Pusat
Kreatif 1 Malaysia Prasekolah
|
·
Guru dan kanak-kanak sama-sama mempamerkan hasil
kerja mereka.(bendera, gambar bunga raya, gambar pelbagai kaum, ketumpat,
tanglung, topi bendera , poster 1 Malaysia dsb)
·
Kanak-kanak belajar menyanyi lagu kebangsaan dan
lagu patriotisme.
·
Kanak-kanak mendengar cerita (big book) bertemakan
1 Malaysia atau Hari Kemerdekaan.
·
Guru dan kanak-kanak merasa makanan
tradisional.(ketumpat, kek batik Sarawak dan kuih bulan)
|
Bermula bulan April sehingga bulan
Ogos
|
Lihat lampiran
|
3
|
Lawatan Prasekolah 1 Malaysia
|
·
Guru membawa kanak-kanak prasekolah melawat ke
Kampung Budaya Sarawak.
|
Pada 07/09/2012
|
33
orang termasuk guru, kanak-kanak dan ibu bapa
|
4
|
Sambutan Hari Kemerdekaan
|
·
Pertandingan mewarna
·
Bermain puzzle (mencantum gambar bendera)
·
Mengenal tokoh-tokoh negara Malaysia, Perdana
Menteri, Raja dan Permaisuri Agong.
·
Nyanyian lagu Kebangsaan (Negaraku, Ibu Pertiwiku)
·
Nyanyian lagu patriotisme (Tanggal 31, Satu
Malaysia)
·
Melafazkan ikrar Rukun Negara
|
Pada 28/08/12
Sepanjang
Bulan Merdeka
|
Pertandingan secara
individu
|
3.2 Pelaporan Aktiviti
Aktiviti
|
Laporan Aktiviti
|
Penyediaan
Grafity
|
Guru membimbing kanak-kanak membuat aktiviti bebas
di atas kain putih bertemakan 1 Malaysia. Aktiviti itu ialah seperti kolaj,
capan, lukisan, catan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga mewarna
bendera Jalur Germilang, bendera Negeri Sarawak, gambar ketumpat, gambar
pelbagai kaum, poster 1 Malaysia dan gambar bunga raya. Guru juga membimbing
kanak-kanak menghasilkan topi dengan bendera Jalur Germilang.
|
Pusat Kreatif 1 Malaysia
Prasekolah
|
Bagi menghasilkan pusat ini, guru dan kanak-kanak
sama-sama mempamerkan hasil kerja mereka. Contoh hasil kerja yang berjaya
dihasilkan ialah seperti bendera, gambar bunga raya, gambar pelbagai kaum,
ketumpat, tanglung, topi bendera, poster 1 Malaysia dan sebagainya. Di
samping itu, di pusat ini terdapat carta lagu kebangsaan dan lagu patriotism.
Kanak-kanak telah pandai menyanyi lagu kebangsaan Negaraku dan lagu
patriotism iaitu Tanggal 31 dan Satu Malaysia. Kanak-kanak juga minat mendengar
cerita (big book) bertemakan 1 Malaysia atau Hari Kemerdekaan. Selain
daripada itu, guru dan kanak-kanak juga gemar merasa makanan tradisional
seperti ketumpat, kek batik Sarawak dan kuih bulan.
|
Lawatan Prasekolah 1 Malaysia
|
Bagi mencapai objektif menerapkan unsur
keseronakan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam jiwa
kanak-kanak serta membina pengetahuan
melalui penemuan dan penerokaan kendiri, maka guru prasekolah juga merancang
aktiviti lawatan sambil belajar ini. Setalah mendapat sokongan daripada Guru
Besar sekolah serta ibu bapa atau penjaga, akhirnya mendapat kelulusan
daripada pihak JPN, guru pun melaksanakan program ini dengan melibatkan
kerjasama di semua peringkat. Termasuk Guru Besar, Penolong Kanan
Kokurikulum, guru sekolah rendah dan
ibu bapa. Terdapat 3 orang guru pengiring, 8 orang ibu bapa, dan 22
orang kanak-kanak prasekolah turut serta melawat ke Kampung Budaya Sarawak
pada 07/09/2012. Program ini berjalan dengan lancar dan bermakna.
|
Sambutan Hari Kemerdekaan
|
Bulan Ogos dan September ialah bulan Merdeka. Guru
prasekolah telah merancang aktiviti seperti pertandingan mewarna, bermain
puzzle (mencantum gambar bendera), mengenal tokoh-tokoh negara Malaysia, Perdana
Menteri, Raja dan Permaisuri Agong. Kanak-kanak juga sudah pandai menyanyi
lagu Kebangsaan (Negaraku, Ibu Pertiwiku) dan lagu patriotisme (Tanggal 31, Satu
Malaysia). Selain itu, kanak-kanak juga belajar melafazkan ikrar Rukun Negara.
Pada Hari Merdeka(30hb Ogos), guru membawa kanak-kanak ke dewan sekolah.
Semasa di dewan, kanak-kanak seronok mengibarkn bendera bersama-sama dengan
murid-murid sekolah rendah. Mereka
juga berpeluang mengenal bagaimana sambutan Hari Merdeka berlangsung.
|
pertandingan mewarna
4. IMPAK
Setelah menjalankan
aktiviti-aktiviti 1 Malaysia, kesannya terhadap kanak-kanak amatlah menyeluruh.
Mereka didapati telah berkembang dengan positif dalam aspek komunikasi, kerohanian moral,
Fizikal dan estetika dan juga ketrampilan diri. Dengan perkembangan positif
ini, secara tidak langsung bakat dan potensi kanak-kanak dapat dicungkil.
Kanak-kanak didapati lebih mengenal
latar belakang negara Malaysia. Sebelum ini, mereka hanya kenal nama sendiri,
nama tempat tinggal setakat Batu 10, Kuching sahaja, kini mereka sudah mengenal
nama Malaysia, nama-nama negeri di Malaysia, mereka kenal bahawa diri mereka
ialah orang Malaysia. Kanak-kanak juga kenal nama bendera Malaysia digelar
Jalur Germilang, sebelum ini mereka hanya pandai sebut 1 Malaysia sahaja. Kini
mereka kenal Jalur germilang, bendera negeri lain, poster 1 Malaysia, bunga
raya ialah Bunga Kebangsaan. Kanak-kanak sudah pun pandai menyanyi lagu
Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Tanggal 31, lagu Satu Malaysia.
Di samping itu, kanak kanak juga
didedahkan kaedah menghasilkan karya seni dengan kaedah yang kreatif, mereka
pandai mewarna gambar dengan cara kolaj, capan, catan, percikan dan sebagainya.
Mereka minat menghasilkan karya seni dengan cara yang unik. Selain daripada itu, kanak-kanak didapati
lebih mengenal diri sendiri dan kawan-kawan lain. Hubungan antara kanak-kanak
dengan guru prasekolah juga lebih rapat dan mesra. Persefahaman antara guru
dengan kanak-kanak amat penting kerana ini boleh menghasilkan tempat belajar
yang lebih konduksif, pengajaran dan pembelajaran juga didapati lebih berkesan.
Melalui program lawatan sambil
belajar ke Kampung Budaya juga, kanak-kanak telah berpeluang mengenal sejarah
Malaysia, menambah ilmu pengetahuan, memupuk nilai berkerjasama, saling tolong
menolong dan hormat menghormati selaras dengan konsep 1 Malaysia. Lawatan ini
juga didapati meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dalam diri
kanak-kanak.
Melalui aktivti sambutan Hari
Kemerdekaan, kanak-kanak didapati menunjukkan daya usaha dan ketrampilan diri
yang positif. Mereka telah berusaha menghasilkan karya seni yang kreatif dengan
bimbingan. Yang paling penting ialah aktiviti ini dapat mengembangkan bakat dan
potensi dalam diri kanak-kanak. Aktiviti pertandingan juga boleh memupuk daya
saing dan rasa bertanggungjawab.
Akhir sekali, aktiviti 1 Malaysia
telah memberi peluang kepada guru prasekolah dalam peningkatan pengurusan
prasekolah dengan lebih maju, bersistematik dan berjaya melahirkan prasekolah
sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan dan rasa kasih sayang.
5. Cadangan Penambahbaikan Aktiviti
- Permainan sukaneka antara
Prasekolah Daerah Padawan
- Pertandingan tarian tradisional
pelbagai kaum antara Prasekolah Daerah Padawan
- PPD boleh membekalkan CD atau DVD
video Hari perayaan pelbagai kaum, adat resam dan lagu.
aktiviti - aktiviti 1 Malaysia dapat mendedahkan ilmu pengetahuan tentang konsep 1 Malaysia, mencungkil perasaan cintai Malaysia, memupuk nilai hormat-menghormati, mewujudkan persefahaman antara satu sama lain, memberi peluang kepada kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti luar yang menyeronokkan.
ReplyDelete