Wednesday, December 26, 2012

MENCANTUM PUZZLE - AKTIVITI MOTOR HALUS KANAK-KANAK


PUZZLE BEWARNA-WARNA
 
Aktiviti bermain mencantum puzzle menghasilkan pelbagai bentuk, gambar dan objek juga salah satu aktiviti melatih perkembangan motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak dapat belajar mengecam warna, mengecam bentuk, secara tidak langsung memberi perangsangan terhadap perkembangan kognitif mereka juga. Lama-kelamaan nilai atau amalan kesabaran dapat dipupuk.
 
Aktiviti ini satu aktiviti yang sihat dalam bilik, ia juga dapat mengelakkan kanak-kanak daripada sering bermain di luar rumah yang kurang selamat. Aktiviti benmain puzzle sesuai bermain dalam kumpulan atau secara individu. Perhubungan antara kanak-kanak akan semakin erat.
 
kanak-kanak bermain dalam kumpulan
 
 
kanak-kanak bermain cantuman puzzle berbentuk 3D
 
 
 
Melalui bermain puzzle, kanak-kanak juga belajar bersosial
 
 
 
 
 
 
 

ORIGAMI - AKTIVITI MOTOR HALUS KANAK-KANAK




 Aktiviti origami perkembangan motor halus kanak-kanak

Kanak-kanak sangat minat aktiviti origami kertas. Aktiviti ini dapat melatih perkembangan koordinasi mata dan tangan. Selain untuk perkembangan motor halus, ia juga melatih kanak-kanak memberi tumpuan terhadap arahan guru, dan memberi gerak balas dengan tepat. Kanak-kanak paling seronok apabila sesuatu origami berjaya dihasilkan oleh mereka sendiri.
 
bahan-bahan untuk aktiviti origami ialah seperti kertas origami (berwarna) dan pensel warna:
 
kertas origami
 
 
 
 
contoh origami haiwan (gajah)
 
 

 
 
 
 
 contoh origami rumah 

  




contoh origami haiwan( lembu)