Tuesday, November 27, 2012

KESELAMATAN KANAK-KANAK

Keselamatan di prasekolah/ rumah

     

Latih anak-anak dari kecil lagi tentang keselamatan diri dengan memberitahunya tentang benda-benda yang berbahaya. Pada mulanya anak mungkin sukar memahaminya dan mungkin akan melupakan larangan tersebut selepas itu tetapi jika anda kerap mengingatinya, lama-kelamaan dia pasti dapat menerimanya. Apabila sudah cerdik, dia akan memahami apa yang anda katakan dan akan melakukan apa yang disuruh.

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:
  • jangan menyentuh soket elektrik dan jangan bermain dengan benda-benda tajam
  • jangan biar anak bersendirian terlalu lama. Walaupun anda sangat sibuk, pastikan anda sentiasa tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak dan di mana dia berada.
  • pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak mudah tercapai oleh kanak-kanak
  • jangan biarkan anak-anak berlari di dalam rumah atau di ruang prasekolah dengan memakai stoking
  • pastikan terdapat nombor telefon kecemasan dan diletakkan di sebelah telefon.
  • jangan letak pokok atau pasu bunga yang beracun di dalam ruang tamu atau ruang pembelajaran prasekolah.
  • jika meja mempunyai sisi yang tajam dan anak boleh terhantuk padanya, pasangkan pelapik sudut plastik.
  • pastikan pintu depan ditutup rapat supaya anak tidak boleh membuka pintu dan keluar ke jalan raya.
  • susun rapi alat permainan kanak-kanak.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm


Keselamatan di dapur


  
 
 
Tempat ini berbahaya kerana tedapat benda-benda tajam seperti pisau dan benda yang panas seperti air didih, minyak panas, kuali panas, mancis dan lain-lain.
 
Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:
  • tanggalkan plag perkakas elektrik supaya anak-anak tidak dapat memasangnya.
  • letak pisau dan garpu di tempat yang selamat.
  • bersihkan mangkuk haiwan peliharaan dan simpan di tempat yang selamat.
  • jangan letak perkakas yang berisi minyak panas atau air panas di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  • simpan mancis atau pemetik api  di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  • pastikan lantai dapur sentiasa kering dan tidak berminyak.
  • sediakan pemadam api
  • engselkan pintu ayun semasa anak berada di dapur. Anak boleh tersepit jari atau terhantuk.
  • jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka  di dalam peti sejuk. simpan baki makanan di dalam bekas yang bersih.



Keselamatan di dalam bilik air

    

 
Kanak-kanak mudah terjatuh di dalam bilik air. Terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk bagi memastikan keselamatan anak di dalam bilik air.
  • gunakan kabinet ubat yang boleh dikunci.
  • gunakan alas kaki yang tidak tergelincir.
  • simpan kosmetik di tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak terutama jenis aerosol.
  • simpan bahan pencuci dan berus tandas di dalam kabinet yang berkunci. Jangan letak di belakang tandas.
  • jangan biar anak bermain dengan air, baldi, singki dan lain-lain.
  • jangan biar anak bermain shampu, sabun, serbuk pencuci dan kertas tisu

Keselamatan semasa bermain alat mainan

      

Periksa setiap alat permainan  supaya tidak mengandungi toksik. Walaupun terdapat undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-kanak dan kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera atau terbunuh oleh alat permainan. Pastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam.  Alat permainan perlu sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit tangan kaki dan mulut.  Pastikan alat permainan disimpan dengan baik di dalam kabinet selepas bermain supaya ruang untuk berjalan lebih selamat.

Keselamatan semasa bersukan dan bermain di taman permainan

     
 
Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar. Aktiviti luar ialah aktiviti yang paling diminati oleh kanak-kanak prasekolah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:
  •  pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin dan memakai seluar sukan yang sesuai.
  • tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak cedera jika terjatuh.
  • alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.
  • jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.
  • semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

sumber: Dr Miriam Stoppard. (1998). Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn Bhd.