Thursday, November 8, 2012

VIDEO KANAK-KANAK MENARI

Saya menari kerana gembira
 
Hari ini kami berlatih menari. Cikgu Chong telah mengajar kami menari dengan Lagu Tanggal 31. Kami sangat suka lagu ini kerana ia rancak dan riang gembira. Setiap kali cikgu memasang lagu ini  kami berasa sangat seronok dan terus melompat. Maka guru pun mengajar kami menari dengan lagu ini untuk  persembahan pada Majlis Penyampaian hadiah. Kami lompat, lompat , terus melompat.     
 
 
 
video kanak-kanak prasekolah saya sedang berlatih menari
 








VIDEO MEMBERUS GIGI DENGAN CARA YANG BETUL

 

 
Video menunjukkan kanak-kanak prasekolah saya sedang menggosok gigi.

 
Kana-kanak harus didedahkan cara memberus gigi yang betul. Amalan memberus gigi setiap hari haruslah dipupuk pada awal tahun iaitu sejak mereka berumur tiga tahun. Di Prasekolah, guru akan membimbing kanak-kanak memberus gigi dengan cara yang betul. Mereka mesti menggosok gigi selapas makan pada masa kudapan. Ini adalah bagi memastikan mereka mengamalkan tabiat menggosok gigi dan menjaga kebersihan mulut setiap hari.

 
Kanak-kanak haruslah menggunakan ubat gigi yang tanpa florida dan
berus gigi yang lembut      
View details

Apakah akibatnya jika kanak-kanak tidak menjaga kebersihan gigi? 
                          
      gigi  kuning              berlubang                  sakit gigi                    cabut gigi rosak


 PESANAN CIKGU KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG CIKGU SAYANGI

JANGANLAH  MALAS  MENGGOSOK  GIGI  SETIAP  HARI 


Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

Aktiviti Membina kecergasan Badan Kanak-kanak
 
Aktiviti bermain bola dapat menguatkan otot dan motor kasar kanak-kanak.  Kanak-kanak belajar menyambut, melambung, membaling dan melantun bola dengan dua tangan. Selain itu, aktiviti bermain bola juga melatih mereka menguasai kemahiran koordinasi mata dan tangan. Video di bawah menunjukkan kanak-kanak prasekolah saya sedang seronok bermain bola.

 
Aktiviti -aktiviti lain yang sesuai untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ialah seperti:
  • melempar objek seperti gelung ke skital.
  • menggolek objek ke sasaran.
  • melantun dan menangkap objek dengan kedua belah tangan.
  • membawa objek dalam sudu sambil berjalan.
  • membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali
  • berbaring sambil angkat kaki
  • mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki.
  • berjengket setempat
  • melompat setempat
  • mendongak dan menunduk kepala secara perlahan
  • berjalan dengan pundi kacang di atas kepala
  • berlari dengan lakuan yang betul
  • merangkak dengan lakuan yang betul
  • melompat pelbagai aras dan medarat dengan kedua-dua belah kaki
  • berketengteng dengan lakuan yang betul