Friday, November 2, 2012

Menjaga kebersihan diri

Cara-cara menjaga kebersihan badan

                                

                memberus gigi                             memotong kuku               membasuh tangan selalu



                                    
memakai baju yang bersih           mandi setiap hari                          sikat rambut


Kanak-kanak haruslah sentiasa menjaga kebersihan badan. Adakah anda melakukan perkara membersihkan badan seperti gambar-gambar di atas?  Badan yang bersih penting untuk mengelakkan masalah kesihatan dan mencegah penyakit berjangkit. Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ialah penyakit berjangkit yang boleh meragut nyawa kanak-kanak. Mencuci tangan adalah salah satu langkah pencegahan yang amat penting dalam pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). 
 
 
Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan. Tangan kita sentiasa terdedah dengan virus dan kuman. Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan tangan akan membawa virus dan kuman ini masuk ke dalam kerongkong semasa makan. Nanti mulalah rasa demam, sakit kepala, selsema,  mata merah, tumbuh ulser di tekak dan mulut dan hilang selera makan. Itu ialah tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan Mulut. Jadi adik-adik yang cikgu sayangi jangan malas mencuci tangan selalu.