Tuesday, October 30, 2012

MAKANAN SIHAT UNTUK SEHARI

Sarapan pagi

 
   


Sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Sarapan pagi harus mengandungi kaborhidrat yang membekalkan kita tenaga, merangsang pemikiran otak, mencergaskan minda dan membantu kanak-kanak menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Oleh itu, jangan tak makan sarapan pagi.
 

Makan tengahari

  
Makan tengahari perlulah seimbang seperti terdapat nasi, sayur, jus buah-buahan dan sedikit daging. Makanlah tengahari agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan. Waktu makan tengahari yang sesuai ialah antara pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang.
 

Makan malam

  
 
Makan malam adalah penting bagi melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak cukup di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Makan malam bersama keluarga adalah penting untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga. Waktu makan malam yang paling sesuai ialah antara pukul 6:00 petang sehingga 8:00 malam.
 

Sunday, October 28, 2012

LATIHAN dan AKTIVITI

LATIHAN 1
 
Lihat gambar-gambar makanan di bawah. Bolehkan anda cari makan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat? Tuliskan nama makanan itu ke dalam petak di bawah.
 

       

keropok                                roti
     

               
 
kentang goreng                    sayur-sayuran 
 
 
            


buah-buahan                                   gula-gula


               

nasi                                        susu


              


humbuger                                     bijirin


   
            

coklat                                               aiskrim


 
Makanan yang berkhasiat
Makanan yang kurang berkhasiat
1.
1.
2.
2.
3.
3.
4.
4.
5.
5.
6.
6.



LATIHAN 2

Apakah yang diperlukan untuk memberus gigi? Bulatkan.  
                   
Ubat gigi                     pensel                berus gigi
 
                    
meja                             cawan                     penyapu
 
                    
Air                              sabun                    tuala   
 
 
LATIHAN 3
Apakah aktiviti yang sesuai untuk kesihatan kanak-kanak? Tulis (√) pada perbuatan yang betul dan ( x ) pada perbuatan yang salah.
  
 
 
 
Bersenam  (     )
Menonton TV (    )
Bermain bola (      )
 
 
 
 
 
Makan coklat (     )
 
Berenang (      )
Tidur     (      )
 
 
 
 
Berus gigi  (         )
 
 Mandi  (         )
korek hidung (     )
 
LATIHAN 4
Apakah benda atau perbuatan yang mendatangkan bahaya. Tulis (√).
 
 
 
Bermain pisau (     )
  bermain di jalan raya (    )
 ubat-ubatan (      )
 
 
 
 
 
mancis (     )
 
Membaca buku (      )
Memanjat tangga         (      )
 
 
 
 
memberus gigi  (         )
 
 Racun rumput (         )
 Main mercun dan bunga api (     )




Saturday, October 27, 2012

MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG BERKHASIAT


Makanan adalah keperluan asas semua benda hidup. Kita harus bersyurkur kepada Tuhan kerana kita dibekalkan makanan yang mencukupi setiap hari. Terdapat pelbagai jenis makanan. Makanan-makanan ini dibahagi kepada 2 kategori utama, iaitu makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang berkhasiat ialah makanan yang membantu tumbesaran tubuh badan, kaya dengan zat galian dan vitamin. Ia juga menguatkan imuniti tubuh badan, membantu pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh badan, membantu mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya. Makanan ini boleh dimakan setiap hari bagi menjaga kesihatan tubuh badan. 

 
Contoh makanan yang berkhasiat ialah nasi, roti,  bijirin dan oat yang kaya dengan karbohidrat, ia membekalkan kalori yang tinggi untuk membina tenaga sel. Selain itu buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang tinggi. Ia amat penting untuk proses penghadaman. Minuman seperti susu membekalkan kita protein dan kalsium. Permakanan yang betul harus diamalkan selalu terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa yang prihatin harus memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk si manja  agar mereka membesar dengan kuat dan sihat.


Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah  makanan rapu seperti gula-gula, aiskrim, coklat, koropok, humbuger, pizza, kentang goreng, minuman dalam tin yang manis, mi segera dan sebagainya. Ini kerana makanan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi, lemak yang berlebihan, pewarna dan perasa yang tinggi. Makanan-makanan ini boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya kanak-kanak selalu sakit gigi kerana banyak makan makanan manis seperti gula-gula, aiskrim dan coklat. Ada kanak-kanak yang selalu batuk kerana suka makan snek seperti keropok dan kentang goreng. Ada kanak-kanak menghidap penyakit obesiti(berat badan terlalu tinggi), kencing manis dan darah tinggi juga, kerana mereka sering makan pizza, humbeger, ayam goreng, minuman yang bergas dan mi segera. Semua makanan ini sangat sedap dirasa, tetapi jika diambil berlebihan akan membawa akibat yang teruk.


Maka, setelah mengetahui keburukan makanan-makanan yang tidak berkhasiat, mulai sekarang, kita haruslah mengamalkan permakanan yang betul. Diri anda adalah apa yang anda makan. Makanlah makanan yang betul bagi menjamin kesihatan tubuh badan kerana kesihatan badan ialah harta yang paling berharga.