Kutu

Rambut berkutu
 
Sumber: http://cikmotmel.blogspot.com/2011/08/kutu-suka-rambut-yang-bersih.htmlumber:

Kutu kepala ialah serangga halus yang membiak di rambut manusia. Kutu dewasa bertelur di pangkal rambut dan telur melekat di sini. Selepas dua minggu telur itu menetas dan kutu pun menggigit kulit kepala untuk menghisap darah. Kepala kanak-kanak pun rasa gatal terutamanya selepas bermain dengan cergas dan badan menjadi panas.
Bagaimana mendapat jangkitan kutu ?
  • bersentuhan atau terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
  • berkongsi pakaian, tempat tidur, alat permainan atau sikat dengan orang yang dijangkiti
Bagaimana mengesan jangkitan kutu ?
  • Periksa rambut : telur kutu, anak kutu atau kutu dewasa

Apakah tindakan yang harus diambil?
  • Dapatkan syampu bagi rawatan kutu di farmasi. Gosok syampu yang mengandungi malathion ini pada rambut kanak-kanak yang basah, biar selama lima minit dan bilas dengan air bersih.
  • selepas rawatan, buang telur yang mati dengan sikat yang bergigi halus.

  
  • Ulang rawatan selepas tujuh hari untuk memastikan tiada telur yang tertinggal.
  • bersihkan setiap alat permakaian kepala anak seperti sikatnya dengan menggunakan syampu antikutu.
  • terdapat juga petua tradisional yang dapat digunakan untuk menghilangkan kutu kepala. Contohnya mencampurkan biji bawang putih yang telah dicincang dengan minyak masak, sapu pada rambut seperti cara sapu shampu berubat juga. kemudian balut rambut dengan kain putih, biarkan sejam dan bersihkan rambut. Atau ada orang kampung sapu rambut berkutu dengan minyak tanah. Petua ini sangat berkesan untuk menghilangkan kutu.

sumber:  http://www.petuatradisional.com/tips/gatal-kepala-mungkin-sebab-ada-kutu-petua-hilangkan-kutu 

http://imfcare.wordpress.com/2011/11/02/jangkitan-kutu-kepala/

2 comments:

  1. rambut berkutu adalah penyakit biasa yang sering dihidapi oleh kanak-kanak prasekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat saudari. oleh itu, ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru untuk memeriksa rambut anak.

      Delete

thank you for you comment. come again!