Thursday, November 8, 2012

Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

Aktiviti Membina kecergasan Badan Kanak-kanak
 
Aktiviti bermain bola dapat menguatkan otot dan motor kasar kanak-kanak.  Kanak-kanak belajar menyambut, melambung, membaling dan melantun bola dengan dua tangan. Selain itu, aktiviti bermain bola juga melatih mereka menguasai kemahiran koordinasi mata dan tangan. Video di bawah menunjukkan kanak-kanak prasekolah saya sedang seronok bermain bola.

 
Aktiviti -aktiviti lain yang sesuai untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ialah seperti:
  • melempar objek seperti gelung ke skital.
  • menggolek objek ke sasaran.
  • melantun dan menangkap objek dengan kedua belah tangan.
  • membawa objek dalam sudu sambil berjalan.
  • membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali
  • berbaring sambil angkat kaki
  • mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki.
  • berjengket setempat
  • melompat setempat
  • mendongak dan menunduk kepala secara perlahan
  • berjalan dengan pundi kacang di atas kepala
  • berlari dengan lakuan yang betul
  • merangkak dengan lakuan yang betul
  • melompat pelbagai aras dan medarat dengan kedua-dua belah kaki
  • berketengteng dengan lakuan yang betul

 
 

6 comments:

  1. ya, kanak-kanak tidak dapat duduk diam. Mereka perlu bermain sambil belajar.

    ReplyDelete
  2. kanak-kanak yang sihat dan cergas perlukan aktiviti yang seronok

    ReplyDelete
  3. saya suka melihat keceriaan kelas & mereka sangat aktif.

    ReplyDelete
  4. saya sangat suka melihat mereka ini kerana mereka aktif n pandai mendengar kata.

    ReplyDelete
  5. kanak-kanak suka pada lagu yang rancak. Mereka sangat seronok apabila mendengar lagu yang rancak. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. ya. aktiviti-aktiviti ini memang sesuai untuk murid-murid prasekolah.

    ReplyDelete

thank you for you comment. come again!