Aktiviti Membina kecergasan Badan Kanak-kanak
Aktiviti bermain bola dapat menguatkan otot dan motor kasar kanak-kanak. Kanak-kanak belajar menyambut, melambung, membaling dan melantun bola dengan dua tangan. Selain itu, aktiviti bermain bola juga melatih mereka menguasai kemahiran koordinasi mata dan tangan. Video di bawah menunjukkan kanak-kanak prasekolah saya sedang seronok bermain bola.
Aktiviti -aktiviti lain yang sesuai untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ialah seperti:
- melempar objek seperti gelung ke skital.
- menggolek objek ke sasaran.
- melantun dan menangkap objek dengan kedua belah tangan.
- membawa objek dalam sudu sambil berjalan.
- membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali
- berbaring sambil angkat kaki
- mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki.
- berjengket setempat
- melompat setempat
- mendongak dan menunduk kepala secara perlahan
- berjalan dengan pundi kacang di atas kepala
- berlari dengan lakuan yang betul
- merangkak dengan lakuan yang betul
- melompat pelbagai aras dan medarat dengan kedua-dua belah kaki
- berketengteng dengan lakuan yang betul
ya, kanak-kanak tidak dapat duduk diam. Mereka perlu bermain sambil belajar.
ReplyDeletekanak-kanak yang sihat dan cergas perlukan aktiviti yang seronok
ReplyDeletesaya suka melihat keceriaan kelas & mereka sangat aktif.
ReplyDeletesaya sangat suka melihat mereka ini kerana mereka aktif n pandai mendengar kata.
ReplyDeletekanak-kanak suka pada lagu yang rancak. Mereka sangat seronok apabila mendengar lagu yang rancak. terima kasih.
ReplyDeleteya. aktiviti-aktiviti ini memang sesuai untuk murid-murid prasekolah.
ReplyDelete