Cacing

Masalah Cacing

 
Ada beberapa cacing yang boleh hidup dalam tubuh badan manusia, seperti
  • cacing gelang atau cacing bulat
  • cacing kerawit.
Cacing biasanya masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan dan minuman yang kotor dan dicemari dengan telur cacing. Telur cacing akan menetas di dalam usus dan menjadi matang selepas 15 hingga 28 hari. Cacing betina akan mengeluarkan banyak lagi telur di sekitar dubur anak. Kekadang telur cacing akan terdapat di dalam tinja. Kanak-kanak akan selalu berasa gatal pada dubur, terutamanya pada waktu malam. Jika anak menggaru duburnya, tangan anak akan dicemari telur-telur cacing dan apabila tangan dimasukkan ke mulut, telur akan masuk semula ke dalam usus dan kitar yang baru akan berulang. 



Anak yang terjangkit kelihatan
  • pucat dan lemah.
  • hilang selera makan
  • tumbesaran terbantut
  • kerap muntah
  • sakit perut
  • cirit-birit
Kanak-kanak harus dibawa berjumpa dengan doktor dengan segera jika didapati terdapat cacing pada tinjanya. Tindakan doktor biasanya ialah:
  • memberi ubat dalam bentuk serbuk yang boleh melumpuhkan cacing.
  • memberi julap supaya cacing mudah dikeluarkan bersama-sama tinja.
  • terdapat juga petua tradisional yang dapat merawat masalah cacing
Tindakan mencegah masalah cacing kanak-kanak:
  • menjaga kebersihan bahan makanan semasa menyediakan makanan dan minuman untuk kanak-kanak
  • menjaga kebersihan alat dapur, kebersihan tangan semasa menyediakan makanan dan minuman
  • menjaga kebersihan tangan kanak-kanak sebelum makan
  • mencuci tangan kanak-kanak selepas keluar dari bilik air
  • memastikan bekas makanan dan minuman kanak-kanak bersih
Rujukan: Dr. Miriam Stoppard. (1998). Panduan Menjaga Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn. Bhd.



1 comment:

  1. masalah cacing ialah disebabkan oleh pengambilan makanan yang kotor, tercemar dengan kotoran. Kanak-kanak harus dinasihatkan supaya mencuci tangan selalu.

    ReplyDelete

thank you for you comment. come again!