Thursday, December 13, 2012

AKTIVITI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH 2012


PELAPORAN PELAKSANAAN

AKTIVITI 1 MALAYSIA

PRASEKOLAH SJK CHUNG HUA BATU 10

TAHUN 2012

 

 

 

Disediakan oleh

CHONG CHOW FONG

Guru Prasekolah

15/09/2012

 

 

 

 

 

 

 

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk merealisasikan Gagasan 1 Malaysia di peringkat prasekolah. Modul Aktiviti 1 Malaysia Peringkat Prasekolah telah dibekalkan kepada setiap sekolah untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1 Malaysia. Maka dengan itu guru Prasekolah SJK Chung Hua Batu 10 telah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mencapai objektif Gagasan 1 Malaysia di samping pemupukan cintakan bangsa dan negara di kalangan kanak-kanak prasekolah. Guru prasekolah telah merancang beberapa aktiviti yang sesuai dengan membuat pengubahsuaian terhadap cadangan aktiviti dalam modul berdasarkan keperluan dan situasi semasa. 

 

2. OBJEKTIF

Aktiviti 1 Malaysia yang dirancang adalah bagi mencapai objektif berikut:

2.1       Kanak-kanak  prasekolah berpeluang lebih mengenal negara Malaysia, seperti bendera negara dan negeri, mengenal adat resam dan kebudayaan daripada pelbagai bangsa dan berbilang kaum,  mengenal tokoh-tokoh negara, belajar menyanyi lagu kebangsaan dan lagu patriotisme dan lain-lain lagi tentang Malaysia.

2.2       Mewujudkan rasa cinta terhadap Negara Malaysia. Merapatkan hubungan antara satu sama lain di kalangan guru dan kanak-kanak.

2.3       Menerapkan unsur keseronakan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam jiwa kanak-kanak serta  membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.

2.4       Menyemai nilai-nilai murni dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotisme dalam diri kanak-kanak.

2.5       Memupuk jalinan sosial yang mesra di kalangan kanak-kanak pelbagai kaum, mewujudkan semangat perpaduan dan persefahaman sesama kanak-kanak dan guru prasekolah.

 

3.PELAKSANAAN

3.1   Takwim Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti 1 Malaysia telah dijalankan sepanjang bulan April sehingga bulan September 2012.  Antara aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti berikut:

No. aktiviti
Nama aktiviti
Perkara yang dilakukan
Masa
Catatan
1
 
Penyediaan Grafity
·         Kanak-kanak membuat aktiviti bebas di atas kain putih bertemakan 1 Malaysia.(kolaj, capan, lukisan, catan dsb)
·         Kanak-kanak mewarnakan bendera, ketumpat, gambar pelbagai kaum, poster 1 Malaysia dan bunga raya.
·         Kanak-kanak menghasilkan topi dengan bendera Jalur Germilang.
Bermula bulan April sehingga bulan Ogos
 
Perlu dihantar ke PPD pada 30 Ogos 2012
Semua kanak-kanak berpeluang menyempurnakan kain putih bertemakan 1 Malaysia
2
 
Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah
·         Guru dan kanak-kanak sama-sama mempamerkan hasil kerja mereka.(bendera, gambar bunga raya, gambar pelbagai kaum, ketumpat, tanglung, topi bendera , poster 1 Malaysia dsb)
·         Kanak-kanak belajar menyanyi lagu kebangsaan dan lagu patriotisme.
·         Kanak-kanak mendengar cerita (big book) bertemakan 1 Malaysia atau Hari Kemerdekaan.
·         Guru dan kanak-kanak merasa makanan tradisional.(ketumpat, kek batik Sarawak dan kuih bulan)
Bermula bulan April sehingga bulan Ogos
 
Lihat lampiran
3
 
Lawatan Prasekolah 1 Malaysia
·         Guru membawa kanak-kanak prasekolah melawat ke Kampung Budaya Sarawak.
Pada 07/09/2012
33 orang termasuk guru, kanak-kanak dan ibu bapa
4
 
Sambutan Hari Kemerdekaan
·         Pertandingan mewarna
·         Bermain puzzle (mencantum gambar bendera)
·         Mengenal tokoh-tokoh negara Malaysia, Perdana Menteri, Raja dan Permaisuri Agong.
·         Nyanyian lagu Kebangsaan (Negaraku, Ibu Pertiwiku)
·         Nyanyian lagu patriotisme (Tanggal 31, Satu Malaysia)
·         Melafazkan ikrar Rukun Negara
Pada 28/08/12
Sepanjang Bulan Merdeka
Pertandingan secara individu

 kanak-kanak melukis dan mewarnakan grafiti Satu Malaysia di bawah bimbingan guru

3.2 Pelaporan Aktiviti

Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Penyediaan
Grafity
Guru membimbing kanak-kanak membuat aktiviti bebas di atas kain putih bertemakan 1 Malaysia. Aktiviti itu ialah seperti kolaj, capan, lukisan, catan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga mewarna bendera Jalur Germilang, bendera Negeri Sarawak, gambar ketumpat, gambar pelbagai kaum, poster 1 Malaysia dan gambar bunga raya. Guru juga membimbing kanak-kanak menghasilkan topi dengan bendera Jalur Germilang.
 
Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah
Bagi menghasilkan pusat ini, guru dan kanak-kanak sama-sama mempamerkan hasil kerja mereka. Contoh hasil kerja yang berjaya dihasilkan ialah seperti bendera, gambar bunga raya, gambar pelbagai kaum, ketumpat, tanglung, topi bendera, poster 1 Malaysia dan sebagainya. Di samping itu, di pusat ini terdapat carta lagu kebangsaan dan lagu patriotism. Kanak-kanak telah pandai menyanyi lagu kebangsaan Negaraku dan lagu patriotism iaitu Tanggal 31 dan Satu Malaysia. Kanak-kanak juga minat mendengar cerita (big book) bertemakan 1 Malaysia atau Hari Kemerdekaan. Selain daripada itu, guru dan kanak-kanak juga gemar merasa makanan tradisional seperti ketumpat, kek batik Sarawak dan kuih bulan.
 
Lawatan Prasekolah 1 Malaysia
Bagi mencapai objektif menerapkan unsur keseronakan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam jiwa kanak-kanak serta  membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri, maka guru prasekolah juga merancang aktiviti lawatan sambil belajar ini. Setalah mendapat sokongan daripada Guru Besar sekolah serta ibu bapa atau penjaga, akhirnya mendapat kelulusan daripada pihak JPN, guru pun melaksanakan program ini dengan melibatkan kerjasama di semua peringkat. Termasuk Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, guru sekolah rendah dan  ibu bapa. Terdapat 3 orang guru pengiring, 8 orang ibu bapa, dan 22 orang kanak-kanak prasekolah turut serta melawat ke Kampung Budaya Sarawak pada 07/09/2012. Program ini berjalan dengan lancar dan bermakna. 
 
Sambutan Hari Kemerdekaan
Bulan Ogos dan September ialah bulan Merdeka. Guru prasekolah telah merancang aktiviti seperti pertandingan mewarna, bermain puzzle (mencantum gambar bendera), mengenal tokoh-tokoh negara Malaysia, Perdana Menteri, Raja dan Permaisuri Agong. Kanak-kanak juga sudah pandai menyanyi lagu Kebangsaan (Negaraku, Ibu Pertiwiku) dan lagu patriotisme (Tanggal 31, Satu Malaysia). Selain itu, kanak-kanak juga belajar melafazkan ikrar Rukun Negara. Pada Hari Merdeka(30hb Ogos), guru membawa kanak-kanak ke dewan sekolah. Semasa di dewan, kanak-kanak seronok mengibarkn bendera bersama-sama dengan murid-murid sekolah rendah.  Mereka juga berpeluang mengenal bagaimana sambutan Hari Merdeka berlangsung.

 topi bendera Jalur Germilang
pertandingan mewarna
 
 
4. IMPAK

Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti 1 Malaysia, kesannya terhadap kanak-kanak amatlah menyeluruh. Mereka didapati telah berkembang dengan positif  dalam aspek komunikasi, kerohanian moral, Fizikal dan estetika dan juga ketrampilan diri. Dengan perkembangan positif ini, secara tidak langsung bakat dan potensi kanak-kanak dapat dicungkil.

Kanak-kanak didapati lebih mengenal latar belakang negara Malaysia. Sebelum ini, mereka hanya kenal nama sendiri, nama tempat tinggal setakat Batu 10, Kuching sahaja, kini mereka sudah mengenal nama Malaysia, nama-nama negeri di Malaysia, mereka kenal bahawa diri mereka ialah orang Malaysia. Kanak-kanak juga kenal nama bendera Malaysia digelar Jalur Germilang, sebelum ini mereka hanya pandai sebut 1 Malaysia sahaja. Kini mereka kenal Jalur germilang, bendera negeri lain, poster 1 Malaysia, bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Kanak-kanak sudah pun pandai menyanyi lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Tanggal 31, lagu Satu Malaysia.

Di samping itu, kanak kanak juga didedahkan kaedah menghasilkan karya seni dengan kaedah yang kreatif, mereka pandai mewarna gambar dengan cara kolaj, capan, catan, percikan dan sebagainya. Mereka minat menghasilkan karya seni dengan cara yang unik.  Selain daripada itu, kanak-kanak didapati lebih mengenal diri sendiri dan kawan-kawan lain. Hubungan antara kanak-kanak dengan guru prasekolah juga lebih rapat dan mesra. Persefahaman antara guru dengan kanak-kanak amat penting kerana ini boleh menghasilkan tempat belajar yang lebih konduksif, pengajaran dan pembelajaran juga didapati lebih berkesan. 

Melalui program lawatan sambil belajar ke Kampung Budaya juga, kanak-kanak telah berpeluang mengenal sejarah Malaysia, menambah ilmu pengetahuan, memupuk nilai berkerjasama, saling tolong menolong dan hormat menghormati selaras dengan konsep 1 Malaysia. Lawatan ini juga didapati meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dalam diri kanak-kanak. 

Melalui aktivti sambutan Hari Kemerdekaan, kanak-kanak didapati menunjukkan daya usaha dan ketrampilan diri yang positif. Mereka telah berusaha menghasilkan karya seni yang kreatif dengan bimbingan. Yang paling penting ialah aktiviti ini dapat mengembangkan bakat dan potensi dalam diri kanak-kanak. Aktiviti pertandingan juga boleh memupuk daya saing dan rasa bertanggungjawab.  

Akhir sekali, aktiviti 1 Malaysia telah memberi peluang kepada guru prasekolah dalam peningkatan pengurusan prasekolah dengan lebih maju, bersistematik dan berjaya melahirkan prasekolah sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan dan rasa kasih sayang.

 

5. Cadangan Penambahbaikan Aktiviti

  • Permainan sukaneka antara Prasekolah Daerah Padawan
  • Pertandingan tarian tradisional pelbagai kaum antara Prasekolah Daerah Padawan
  • PPD boleh membekalkan CD atau DVD video Hari perayaan pelbagai kaum, adat resam dan lagu.

 


1 comment:

  1. aktiviti - aktiviti 1 Malaysia dapat mendedahkan ilmu pengetahuan tentang konsep 1 Malaysia, mencungkil perasaan cintai Malaysia, memupuk nilai hormat-menghormati, mewujudkan persefahaman antara satu sama lain, memberi peluang kepada kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti luar yang menyeronokkan.

    ReplyDelete

thank you for you comment. come again!