Obesiti

Obesiti  atau Kegemukan


      

       

Obesiti bermaksud mempunyai berat badan berlebihan saiz badan idividu. Di Malaysia, masalah obes di kalangan kanak-kanak  semakin hari semakin meningkat. Kanak-kanak yang obes juga terdadah pada masalah yang berkaitan dengan kesihatan.Contohnya

Penyakit sindrom metabolisma dan penyakit kronik. Ia menunjukkan:
  •  lemak di pinggang
  •  tekanan darah yang tinggi
  •  rintangan insulin 
  • masalah kardiovaskular,
  • diabetes,
  • sakit jantung,
  • gangguan pernafasan
  • cepat lelah
  • ketidakupayaan melakukan aktiviti lasak
  • kencing manis
Faktor yang menyebabkan kanak-kanak mendapat penyakit obesiti ialah:
  • suka makan makanan ringan dan berlemak
  • gaya hidup kurang aktif
  • faktor genetik (faktor baka keturunan keluarga)
Bagi mengelakkan berlakunya masalah obes di kalangan kanak-kanak, terdapat beberapa panduan yang sesuai seperti berikut:
  • lakukan aktiviti fizikal secara berterusan
  • pengambilan makanan yang tinggi serat
  • tabiat pemakanan yang sihat dan di bawah kawalan ibu bapa
  • kurangkan makanan ringan dan berlemak
  • penyusuan susu ibu dari kecil
sumber: Zuraini Mat Issa.(2006). Anakku Mahu Makan. Shah Alam: PTS Millennia Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

thank you for you comment. come again!